Isu Kontr0versi Mengh1na Logo Jata Negara. Ini Wajah Sebenar Penerbit Buku Tersebut. “Tampil Jelaskan Perkara Sebenar Yg Belaku”..

Penerbit buku yang men1mbulkan kontr0versi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan mengh1na logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang ters1nggung dengan perkara itu.

Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk mengh1na logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.

“Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu.

“Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputvskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul mas4lah.

“Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak ters1nggung… saya memang ti4da niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan diseng4jakan,” katanya

Ton Sin berkata, beliau meminta maaf kepada mana-mana pihak yang ters1nggung dengan perkara itu dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu s1asatan.

“Semalam ada beberapa anggota polis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari.

“Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu,” katanya.

Difahamkan, buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia itu diterbitkan awal tahun ini dan lebih 300 naskhah sudah terjual.

Buku yang disunt1ng oleh penulis, Kean Wong itu menggunakan visual mirip Jata Negara, mendapat perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana penggunaan gambar yang dikatakan mengh1na Jata Negara selepas perkara itu tersebar di media sosial.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial dan FB, lukisan mirip Jata Negara itu memaparkan seorang kanak-kanak berb0gel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah mengarahkan pihak polis meny1asat segera dan mengambil tind4kan perlu kerana perbuatan itu dianggap tidak bert4nggungjawab dan tidak patr1otik.

Sementara itu, pihak polis memaklumkan sudah menerima 21 laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berhubung buku berkenaan.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya membuka satu kertas sias4tan dan kes disi4sat menurut beberapa akta termasuk Seksyen 4(1) Akta H4sutan 1948.

Kes juga disi4sat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Menceg4h Penggunaan Tak W4jar) (Pindaan) 2016, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata, beberapa individu termasuk pengarang, penerbit dan mereka yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam penghasilan buku itu akan dip4nggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan serta membantu sias4tan.

Sumber: BH Online

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Rimba Bara

Be the first to comment on "Isu Kontr0versi Mengh1na Logo Jata Negara. Ini Wajah Sebenar Penerbit Buku Tersebut. “Tampil Jelaskan Perkara Sebenar Yg Belaku”.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*