Pernah Popular Dengan Lagu Itik Gembo Gembo, Ini Keadaan Terkini Lan A to Z

“TIGA tahun saya cari rezeki menyara keluarga dengan tawarkan khidmat penyewaan sistem bunyi.

“Namun, apabila p4ndemik Cov1d-19 mel4nda negara, satu persatu tawaran yang ada dib4talkan sekali gus buat saya p4nik,” kata anggota trio A To Z, Norazlan Abd Aziz atau Lan mengenangkan kep3ritan yang ditempuhinya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Lan, 51, tidak bersikap meminta-minta, namun sebaliknya berusaha mencari jalan menampung kehidupan.
LAN ketika menerima bantuan daripada Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez

“Alhamdulillah, tiba-tiba tercetus ilham mencari buluh lemang untuk dijual. Kebetulan kita sambut puasa dan hari raya Aidilfitri.

“Saya berusaha masuk hutan cari buluh dan berurusan dengan orang asal untuk dapatkan bekalan.

“Syukur saya berjaya jual buluh lemang dengan jumlah keseluruhan 6,000 batang. Keuntungan bukan besar kerana saya jual RM2, manakala kos untuk bayar orang asal pula RM1. Apapun saya bersyukur kerana ada rezeki untuk keluarga,” katanya.

Penyanyi lagu popular Itik Gembo-Gembo dan Darjat ini berkata, dia bersyukur kerana rakan-rakan artis serta peminat memberi semangat dan sokongan terhadap karier barunya itu.
“Saya tak perlu rasa seg4n (m4lu) dalam mencari rezeki. Selagi tangan dan kaki boleh bergerak untuk cari makan, saya akan terus berusaha.

“Pada usia ini saya bersyukur Allah masih anugerahkan kekuatan untuk mencari rezeki tanpa perlu meminta-minta kepada orang lain.

“Dalam masa sama, kawan-kawan artis pun tak pingg1rkan saya dengan sering menghubungi untuk beri kata semangat. Peminat pula sokong dengan beli buluh yang dijual,” katanya.

Lan yang berkahwin kepada Siti Nur Ain Daut dan mempunyai dua anak iaitu Putera Muhammad Darwish dan Puteri Nur Darwisya mengakui lega apabila kerajaan mula membenarkan penganjuran acara dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu.

“Ia sesuatu yang menggembirakan. Perlahan-lahan, saya buat hebahan untuk penyewaan sistem bunyi saya di Facebook dan Alhamdulillah sambutannya mula ada walaupun masih perlahan.

“Bagaimanapun saya masih jual buluh lemang memandangkan orang makan lemang tanpa bermusim dan bukan hanya pada sambutan perayaan.

“Lagipun selepas ini kita akan sambut hari raya Aidiladha dan buluh lemang masih diperlukan,” katanya yang menetap di Felda Sungai Buaya, Rawang.

Dalam pada itu, dia juga mengusahakan pokok buluh madu dan memasarkan rebung madu serta kuih tiram kepada mereka yang berminat.

Sumber : HMETRO ONLINE

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: RA

Be the first to comment on "Pernah Popular Dengan Lagu Itik Gembo Gembo, Ini Keadaan Terkini Lan A to Z"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*