Kes K3malangan Akib4t Pemandu M4buk. Ini tind4kan yang akan diambil DBKL..

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tind4kan terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman k3ras tanpa lesen.

 

 

Dalam kenyataanya hari ini, DBKL menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja memaklumkan bahawa semua permohonan baharu lesen minuman k3ras di ibu negara dibekukan berkuatkuasa serta-merta.

 

Kredit foto: FB DBKL

Memetik Harian Metro, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapannya di Twitter semalam memberi bayangan akan membekukan semua aktiviti membabitkan pengeluaran dan penjualan ar4k berikutan peningkatan kes kemal4ngan membabitkan pemandu m4buk.

 

Kredit foto: IG Zuraida/Annuar

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin berkata semua faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan.

“Kita perlu fokus kepada memperkasakan undang-undang dan hukuman mesti juga dinilai semula.

“Kita ada Akta Pengangkutan yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan dan perkara ini (pembekuan lesen) juga berkaitan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

“Kerajaan perlu mengambil kira semua faktor sebelum membuat keputusan. Apa yang penting sekarang adalah hukvman ke atas pesalah dulu, dan di masa akan datang, kita tengok isu ini (hentikan lesen),” katanya. – CARI

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Cari

Be the first to comment on "Kes K3malangan Akib4t Pemandu M4buk. Ini tind4kan yang akan diambil DBKL.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*