Nizam Laksamana bawa keluarga buat saringan, bapa mertua sah positif C0vid-19 – “Sehari sebelum PKP saya jumpa dia di kampung”

GARA-GARA mempunyai kontak rapat dengan pes4kit positif C0vid-19, penyanyi Nizam Laksamana dan keluarganya bergegas ke hospital bagi menjalani ujian saringan.

Kata Nizam bapa mertuanya disahkan dijangkiti C0vid-19 pada Isnin.

“Bapa mertua dimasukkan ke wad semalam…. hari ini (Selasa) pukul 10 pagi saya, isteri dan dua anak perempuan akan membuat saringan C0vid-19.

“Ini kerana kami ialah casual contact dengan bapa mertua yang positif C0vid-19,” katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Bersama status tersebut, bekas peserta program Gegar Vaganza musim kedua ini turut memuat naik sekeping foto ketika menjalani saringan tersebut.

Sementara itu, Nizam memberitahu dia dan keluarga pulang ke kampung bertemu bapa mertuanya itu sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa di Malaysia pada 18 Mac lalu.

Perkongsian Nizam di Facebook mengejutkan ramai pengikut.

“Sehari sebelum perintah PKP saya ada berjumpa dengan mertua di kampung. Kami reda dan akan mengikut seperti arahan pihak berwajib.

“Kami tak ingkar kerana kami tahu tanggungjawab untuk kesejahteraan orang lain.

“Semoga Allah SWT melindungi kami dengan rahmatNYA,” ujarnya.

Rata-rata pengikutnya di laman tersebut mendoakan supaya Nizam bebas daripada jangkitan virus tersebut.

Malah ada juga yang memuji sikap bertanggungjawab penyanyi lagu Gugurnya Bunga Cinta ini yang segera ke hospital mendapatkan saringan awal.

Sehingga Isnin, sebanyak 156 kes baharu positif C0vid-19, menjadikan jumlah 2,626 kes di Malaysia setakat ini.

Ia menyaksikan jumlah kematian sebanyak 37 kes, manakala seramai 479 pes4kit sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Nizam Laksamana bawa keluarga buat saringan, bapa mertua sah positif C0vid-19 – “Sehari sebelum PKP saya jumpa dia di kampung”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*