“Soon our own Journey…” Zahirah Kongsi Foto ‘Pre-Wedding’, -Zahirah Dedah Tarikh Hari Bahagia Mereka

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelakon Zahirah Macwilson bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor Aiman Hakim Ridza.

Keterujaannya itu dikongsi oleh Zahirah menerusi beberapa foto pra-perkahwinan yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam (Ahad).

Menerusi lokasi yang diletakkan, pasangan dua sejoli telah merakamkan momen manis mereka di North Perth, Western Australia.

Foto-foto tersebut juga jelas menunjukkan wajah berseri bakal pengantin Zahirah dan Aiman ini hangat dilamun cinta.

View this post on Instagram

Part 1 – The Long Road Every path has it’s own journey, mine led me to you. Soon we’ll be on our own journey, hand in hand taking the same path. #zahirAH #SaveTheDate #20220 . Photo by @manis.moments

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Foto tersebut ternyata membuatkan peminat Zahirah dan Aiman berasa teruja dan tidak sabar menantikan hari bahagia selebriti kesayangan mereka yang akan diraikan pada 20 Februari ini.

“Tak sabarnya nak tunggu wedding of the year 2020,” komen @akmalaarif

“Alhamdulilah. Tak lama dah tu. Tarikh yang ditunggu-tunggu. Semoga dipermudahkan segala-galanya. Love you all,” tulis @nuremi18

Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah mengikat tali pertunangan di kediaman ibu pelakon wanita itu di Perth, Australia pada 8 Jun 2019.

Difahamkan kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember 2018 apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Soon our own Journey…” Zahirah Kongsi Foto ‘Pre-Wedding’, -Zahirah Dedah Tarikh Hari Bahagia Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*