Menyedihkan! Floor88 Cari Penyanyi Baru Ganti Ayie.. Ini Sebabnya “Ayie Mungkin Tidak Dapat Menyanyi Buat Selama-lamanya Jika..”

KUMPULAN Floor88 sekali lagi berdepan ujian apabila vokalisnya, Ayie disahkan mengalami masalah pada pita suara.

Keadaan ini berlaku hanya selepas beberapa hari Ayie rebah dan pengsan ketika membuat persembahan di Negeri Sembilan.

Pemain keyboard kumpulan itu, Eric Fuzi berkata, doktor menasihatkan agar Ayie berehat daripada bidang nyanyian selama sekurang-kurangnya tiga minggu.

Satu demi satu cabaran menimpa Floor88, kini Ayie disahkan mengalami kecederaan kotak suara.

“Dia terlalu kerja keras untuk menyanyi dengan baik biarpun mengalami masalah kesihatan sepanjang minggu lalu.

Ayie ketika menjalani pemeriksaan doktor baru-baru ini.

“Ayie mungkin tidak dapat menyanyi buat selama-lamanya jika dia tidak berehat seperti yang dinasihatkan doktor,” kata Eric kepada mStar.

Sementara itu Eric berkata kumpulan yang terkenal dengan lagu Hutang itu sedang mencari penyanyi gantian agar mereka dapat memenuhi undangan mengadakan persembahan dalam masa tersekat.

“Kalau diikutkan jadual persembahan kami memang padat sepanjang bulan ini, takkan nak batalkan semuanya? Jadi kami sepakat untuk mencari bakat baru untuk turut sama menyanyi bersama Ayie di atas pentas.

“Jadi penganjur tidak akan berasa kecewa apabila Ayie turut menyanyi namun dibantu penyanyi kedua.

Ayie pengsan sewaktu mengadakan persembahan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Kami baru sahaja uar-uarkan perkara ini di media sosial. Harap-harap ada penyanyi baharu yang memenuhi kriteria,” tambahnya.

Pada 14 Januari lalu, Ayie tiba-tiba rebah dan pengsan ketika menyanyikan lagu Aqilah di Konsert Gempak Negeri fm.

Konsert yang berlangsung di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu bersempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Menyedihkan! Floor88 Cari Penyanyi Baru Ganti Ayie.. Ini Sebabnya “Ayie Mungkin Tidak Dapat Menyanyi Buat Selama-lamanya Jika..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*