Netizen Teruja Aman RA Kongsi Wajah Isteri… Cantiknya!

Penyanyi rap Aman RA mencvri perhatian wargamaya apabila berkongsi wajah isteri bersempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi laman sosial Instagram, Aman atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 33, memuat naik foto bersama isterinya beserta ucapan manis untuk tatapan umum.

“Impian wanita untuk jadi ibu terbaik di dunia. Impian lelaki untuk jadi bapa terbaik di dunia. Di waktu lapang, mereka ambil cabaran dipanggil kehidupan, bersama-sama.

“On tak on? Senyum. I love you. Happy birthday, love!” tulis Aman sebagai kapsyen.

View this post on Instagram

Her dream is to be the best mother in the world. His dream is to be the best father in the world. In their spare time, they take on an adventure called life, together. He is the poet, she is the poetry. Though he did a lot of growing up ever since her, he still thinks Ratu and Tuah got their looks from him. On x on? Smile. I love you. Happy birthday, love!

A post shared by Aman RA (@amanracom) on

Pelantun lagu Bangun itu sebelum ini jarang sekali mendedahkan kisah peribadi termasuklah perihal anak-anaknya untuk perhatian umum.

Malah, status Aman menjadi teki-teki sehinggalah dia mengesahkan sudah berkahwin.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikutnya teruja apabila pertama kali melihat wajah isteri Aman yang dikenali sebagai Atikah.

Malah, ramai juga yang memuji kecantikan wajah isteri penyanyi berimej botak itu.

“With the right women next to me, I can straight rise to the top – Scarface. Sampaikan ucapan hari jadi pada Mrs Ra,” ujar seorang wargamaya.

“Awww, bersemut! Awak terlupa tanda pagar Till Jannah!” usik seorang wargamaya.

“Cantiknya isteri. Happy birthday madame Ra!” puji seorang wargamaya lagi.

“Inilah sebab kenapa bro tak kasi saya ambik gambar masa dinner dekat Guantanamo dulu-dulu. Hahaha, nice one bang! Now I know why,” tulis seorang wargamaya lagi.

Hasil perkongsian hidup, Aman dan isteri dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa dan Tuah Khalifa.
 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Netizen Teruja Aman RA Kongsi Wajah Isteri… Cantiknya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*