‘Tak payah ubah, saya selesa dengan gigi sekarang’ – Usop Mentor

 

PENYANYI Usop, 22, sanggup menolak tajaan mana-mana pihak yang mahu membetulkan giginya.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor berkata, dia lebih selesa dengan gigi dimiliki sekarang selain menyifatkan ia rezeki buat dirinya.

“Selepas terbabit dalam program Mentor Milenia 2017, boleh dikatakan hampir setiap hari ada orang DM (mesej peribadi) di Instagram suruh buat gigi.

“Ada juga suruh pakai pendakap gigi. Tapi, saya fikir jika pakai, jenama saya sebagai Usop sudah tak sama. Jadi, tak perlu nak pakai pendakap gigi atau ubah.

“Kalau ada yang nak taja untuk saya betulkan gigi sekalipun, saya tak mahu. Saya selesa dengan gigi sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Usop memuat naik DM peminat di Instagram yang memintanya membetulkan gigi supaya kelihatan lebih kacak.

Menurut Usop, walaupun memiliki struktur gigi tidak sempurna, dia masih menjaga penampilan bagi menutup kekurangan dimiliki.

USOP memuat naik DM peminat di Instagram.

“Saya sedar diri. Bayangkan kalau saya betulkan gigi, suara akan berubah dan orang mengata pula. Sudahlah tiada rupa, suara pula tak sedap.

“Walaupun gigi seperti ini, saya tetap menjaga penampilan. Saya tetap wangi jika ke mana-mana. Kalau ada persembahan atau menghadiri mana-mana majlis, saya akan bersiap. Saya kena tunjuk dan bawa diri sebagai artis. Cukuplah dulu selekeh. Jadi sekarang perlu ada perubahan.

“Saya anggap penampilan ini rezeki. Bagi saya, setiap kekurangan ada kelebihan dan setiap kelebihan ada kekurangan,” katanya.

Menurut Usop yang popular menerusi lagu Selamanya, dia sudah lali diejek kerana memiliki gigi persis watak kartun Usop Sontorian.

“Dari kecil dan zaman sekolah lagi sudah diejek. Saya sudah lali pun. Jadi, tak perlu nak terasa. Apatah lagi sekarang, saya okay saja. Saya tetap percaya ada rezeki Allah dan kelebihan yang ada pada diri,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:HM

Be the first to comment on "‘Tak payah ubah, saya selesa dengan gigi sekarang’ – Usop Mentor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*