Video Neelofa Baca Doa Antara Tweet Popular 2019!

Dalam kita menghampiri penutup kepada tahun 2019, laman sosial Twitter menerusi Twitter Asia Pacific mendedahkan senarai apa yang menjadi perbualan rakyat di seluruh Malaysia.

Dalam satu kajian data yang dikeluarkan baru-baru ini, laman itu mendedahkan video yang menampilkan pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menjadi topik perbualan tertinggi di seluruh Malaysia.

Muat naik oleh seorang pengguna laman itu, @maiadnan, mendapat lebih 91.4 ribu kicauan dan 87.3 ribu tanda suka secara keseluruhan sekali gus menjadikan ia salah satu daripada Asia Pacific’s “Golden Tweets”.

Video yang berdurasi 1 minit 49 saat itu menampilkan pengacara berkenaan membaca sepotong doa yang diamalkan olehnya untuk mengecapi kejayaan di sepanjang kariernya.

“Guys, aku ada tengok dekat twitter ada sorang tu share doa yang neelofa bagi dalam Naura Shares.

“So aku cari video dia. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Boleh start hafal dah. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang berpanjangan. Ameen,” tulisnya.

Selain Malaysia, negara lain yang turut disenaraikan dalam kajian berkenaan adalah Korea Selatan, Australia, India, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Agensi via GEMPAK

Be the first to comment on "Video Neelofa Baca Doa Antara Tweet Popular 2019!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*