[FOTO] Dengan Sekali Lafaz, Ain Edruce Sah Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Pelakon jelita dan tinggi lampai, Ain Edruce kini sudah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa dengan sekali lafaz setelah enam bulan mengikat tali pertunangan. Aktres berusia 27 tahun itu telah menerima mas kahwin sebanyak RM888 berserta tiga dulang hantaran dan berbalas lima.

Majlis pernikahan yang berlangsung dalam suasana serba indah itu telah dilangsungkan di Quill City Mall, Kuala Lumpur malam tadi dan ia dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat kedua-dua pasangan tersebut.

Menurut laporan Berita Harian, pasangan tersebut telah dinikahkan oleh bapa Ain, Ar Edruce Sabri dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.

Ain dalam pada itu meluahkan rasa syukur terhadap kelancaran majlis itu meskipun ia dibuat pada saat akhir akibat daripada kesibukan dirinya dalam lakonan.

Ujar pelakon itu, dia tidak akan menganggap statusnya sebagai seorang isteri selepas ini bakal membataskan dirinya daripada terus berkembang dalam dunia seni.

Alhamdulillah, majlis dapat diadakan dengan sempurna walaupun persiapan dibuat pada minit akhir kerana kesibukan saya dalam lakonan. Semoga perjalanan kami dalam fasa fasa baharu sebagai suami isteri dipermudahkan.

Saya juga tidak menganggap status sebagai isteri sebagai penghalang untuk mengembangkan jenama sendiri dalam dunia seni.

Foto Sekitar Majlis Pernikahan

Cantiknya Ain!

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Akad Nikah Of @ainedruce at Quill Convention by @magicaatsubang #amirulxxain #ainxxamirul ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Siaran dikongsi oleh Magica at Subang (@magicaatsubang) pada

Sumber: Berita Harian, Instagram magicaatsubang, Instagram #amirulxxain

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: OHBULAN

Be the first to comment on "[FOTO] Dengan Sekali Lafaz, Ain Edruce Sah Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*