“Demi Sebuah Mukjlzat Yang Agung” – Isteri Tunjuk Bukti, Da’i Farhan Terima Diploma Perubatan Islam?

Nama Da’i Farhan dan isteri Dr. Erin masih menjadi perbualan ramai sejak beberapa minggu lalu.

Terbaharu, Dr. Erin berkongsikan foto-foto Da’i Farhan menerima penganugerahan diploma perubatan Islam menerusi Instagramnya.

“Alhamdulillah satu lagi perjuangan. Demi sebuah mukjizat yang agung. Demi perjuangan dalam perubatan yang terunggul.

“Asal manusia dari apa? Mana asal datangnya ilmu sains perubatan moden dunia? Rawatlah punca penyakit bukan rawat penyakit,” tulisnya pada satu entri yang malangnya sudah terpadam dari platform media sosial itu.

Namun, Dr. Erin mengemaskini semula entri terbabit berserta kapsyen baharu.

“Pendek kata kalau nak belajar real punya perubatan kena kenal asal usul manusia dulu. Kenal diri dulu.

“Agama dah kata semua penyakit ada penawarnya kecuali mati, hebat mukjizat Al-Quran ini bagi orang yang ingin mengetahui, beruntunglah orang yang dah tahu menggunakan mukjizat agung ini,” tulisnya.

Foto terbabit dipercayai dirakamkan di Institut Sains Fizik, Seni & Budaya (IPSCA) di Subang, Selangor.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen Twitter seorang pengguna yang berkongsi kisah pasangan itu, ramai yang mempertikaikan akan kesahihan sijil diploma terbabit.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Demi Sebuah Mukjlzat Yang Agung” – Isteri Tunjuk Bukti, Da’i Farhan Terima Diploma Perubatan Islam?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*