“Dua Kali Saya Di Bawah, Dua Kali Terselamat” – Wann Bersyukur Tiada Penyingkiran

Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Wann ternyata bersyukur apabila terselamat daripada penyingkiran pada konsert suku akhir malam tadi.

Wann mendapat markah tercorot sebanyak 56 peratus selepas membuat persembahan lagu Hitam Putih Kehidupan nyanyian asal Datuk Shiela Majid.

Wann atau nama sebenarnya Wan Rashidah binti Meor Abdul Rashid, 49, tetap bersedia dengan apa juga keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak produksi. 

“Saya bersyukur dapat mara ke peringkat separuh akhir. Perkara ini dah jadi adat pertandingan dan terpulang pada juri-juri untuk membuat penilaian. 

“Saya tidak tahu menahu tentang keputusan malam tadi, semua itu perlu ditanya pada pihak produksi sendiri,” jelas Wann kepada Gempak.

Wann ditemui selepas membuat persembahan pada konsert kesembilan GV2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. 

Tambah Wann lagi, dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia bukan yang terbaik di dalam kalangan semua bintang GV2019.

“Sepanjang saya menyanyi, memang saya tak pernah dapat apa-apa anugerah. Jadi sebab itu saya sentiasa bersedia kalau nama saya yang diumumkan sebagai peserta tersingkir tadi.

“Saya dah buat persembahan yang terbaik, saya taknak rasa tertekan, bukan rezeki saya nak terima komen yang positif daripada juri-juri.

“Setiap juri ada pendapat masing-masing, mungkin ada yang tak okay dan pada juri lain pula mungkin okay,” kata Wann lagi. 

Jangan lupa saksikan konsert separuh akhir GV2019 pada hari Ahad ini pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Dua Kali Saya Di Bawah, Dua Kali Terselamat” – Wann Bersyukur Tiada Penyingkiran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*