(Video) Kemenangan Seakan ‘Dir0mpak’, Detik-Detik 2 Kali Skuad Takraw Negara Dip0t0ng Mata Dihujung Perlawanan Lawan Thailand

Pasukan sepak takraw negara terpaksa tunduk pada pasukan sepak takraw Thailand bagi acara regu lelaki akhir dalam temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Walaupun begitu, keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan pada ketika itu membuatkan beberapa pegawai serta jurulatih pasukan negara menjadi berang.

Insiden panas dalam perlawanan tersebut terjadi pada set kedua apabila pengadil perlawanan bertindak membatalkan 2 mata yang dikutip oleh pasukan sepak takraw negara.

Menurut perkongsian yang dibuat Harimau Malaya, mata yang dibatalkan adalah pada kedudukan 18-19 dan 19-20.

Susulan daripada itu, para pegawai dan jurulatih Malaysia didakwa enggan bersalaman dengan pengadil serta pemain Thailand selepas tamatnya perlawanan tersebut.

Berikutan daripada itu, skuad regu sepak takraw negara terpaksa akur dengan hanya sekadar membawa pulang pingat perak bagi temasya dwitahunan tersebut.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HarimauMalaya via SIAKAP KELI

Be the first to comment on "(Video) Kemenangan Seakan ‘Dir0mpak’, Detik-Detik 2 Kali Skuad Takraw Negara Dip0t0ng Mata Dihujung Perlawanan Lawan Thailand"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*