“Hadir Ke Gegar Vaganza Untuk Sokong Bekas Abang Ipar Saya,” – Sakinah Enjoy Tonton GV6, Sporting Habis!

Sharifah Sakinah ada berkongsi foto terkininya di Instagram yang mengundang perhatian ramai.

Bintang Girlfriend Dari Neraka itu merakam foto bersama salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Jatt Ali dan turut menonton konsert saingan minggu kesembilan, pada Ahad.

“Came to Gegar Vaganza just to support my ex Bro In Law! Cincang lah air tu pakai pisau, ia tak akan putus. Great job abang @jattalibdb,” tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Came to Gegar Vaganza just to support my ex Bro In Law! Cincang lah air tu pakai pisau, ia tak akan putus. Great job abang @jattalibdb jattalibdb 👏🏼

Siaran dikongsi oleh Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) pada

Lalu menerusi ruangan komen, para peminat memberikan komen pelbagai. Malah ada yang turut terhibur dengan aksi spontan pelakon terbabit ketika menonton konsert secara langsung di auditorium.

Untuk rekod, Jatt atau nama sebenarnya, Tahir Ali pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak Sakinah, Sharifah Shahirah sekitar tahun 1993.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya Tahir.

Bagaimanapun keduanya berpisah pada tahun 1999.

Shahirah kemudiannya berkahwin dengan pelakon Ijoy dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber  : MH

Be the first to comment on "“Hadir Ke Gegar Vaganza Untuk Sokong Bekas Abang Ipar Saya,” – Sakinah Enjoy Tonton GV6, Sporting Habis!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*