“3 Kali Tukar Arrangement, Asingkan Diri Daripada Orang Ramai” – Naqiu Dedah Kesukaran Nyanyi Lagu TokTi

Usaha berbaloi buat bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu yang masih mengekalkan kedudukan pertama pada konsert kelapan yang berlangsung Ahad malam.

Naqiu mempersembahkan lagu Percayalah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan mendapat pujian ramai termasuk juri.

Namun, dedah Naqiu dia berdepan pelbagai cabaran untuk menyampaikan lagu popular itu dengan caranya sendiri.

“Lagu itu besar tambah pula ia milik penyanyi nombor satu negara. Susunan muzik lagu itu bertukar-tukar sebanyak tiga kali sejak dari Jumaat lagi.

“Sabtu lalu hari paling mencabar kerana pada hari saya saya perlu ingat susunan baharu selain ada komitmen lain yang perlu saya tunaikan.

“Hanya Tuhan saja tahu. Saya tak nak menyanyi sebiji macam Tok Ti. Saya perlu jadikan lagu ini lagu lelaki malah Tok Ram pun mahukan saya menyanyikan lagu ini dengan cara tersendiri,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Naqiu akui dia terpaksa mengasingkan diri daripada orang ramai demi mendapatkan mood lagu itu.

“Memang tertekan! Sampaikan saya terpaksa asingkan diri daripada orang lain untuk mendapatkan mood lagu itu sebenarnya.

“Tetapi tekanan itu berbaloi apabila orang nampak kelainan yang saya sampaikan. Sudah tentu saya takkan dapat lawan penyanyi asalnya,” ujarnya yang pada mula meletakkan jangkaan untuk berada di tangga tiga terbaik sahaja.

Persembahan Naqiu mendapat tepukan gemuruh dan standing ovation daripada juri.

Percayalah merupakan antara lagu berhantu Siti Nurhaliza yang liriknya ditulis sendiri oleh penyanyi itu dan melodinya digubah oleh Ajai.

Populariti lagu Percayalah bukan hanya di Malaysia bahkan menjadi siulan peminat di Indonesia.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“3 Kali Tukar Arrangement, Asingkan Diri Daripada Orang Ramai” – Naqiu Dedah Kesukaran Nyanyi Lagu TokTi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*