Sharifah Sakinah sindiir Ahmad Idham, sanggup baring depan Finas – “Siapa boleh lupa babak rom4nce CEO yang tidak bertapis di TV”

PELAKON Sharifah Sakinah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cadangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mahukan kandungan drama di platform penstriman video, Netlix melalui proses tapisan kerajaan.

Menurut Sakinah, cadangan yang diutarakan itu tidak adil dan berat sebelah kerana platform tersebut sudah menyediakan pilihan untuk ibu bapa menentukan kandungan yang boleh ditonton oleh anak-anak.

“Hari ini, CEO Finas mencadangkan kerajaan untuk menapis kandungan Netflix di mana saya tak bersetuju. Ya mungkin ada kandungan yang tak sesuai untuk kanak-kanak tapi kita boleh guna PIN keselamatan.

“Untuk ibu bapa yang risau dengan aplikasi ini, kamu boleh tetapkan kata laluan untuk elakkan anak-anak menonton atau lebih senang jangan langgan. Please, jangan kacau Netflix,” katanya.

Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka menyuarakan pandangannya menerusi Instagram pada Ahad.

Sakinah berkongsi pandangan di Instagram.

Pada Sabtu lalu, Ahmad Idham menggesa pihak kerajaan untuk menapis kandungan Netflix selepas menerima beberapa keluhan daripada ibu bapa. 

Dia turut menyarankan kepada pihak kerajaan untuk mewujudkan akta mengawal selia kandungan video yang disediakan oleh platform digital itu.

Bagaimanapun, kenyataan dan cadangannya itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna yang ternyata kurang senang dengan idea tersebut.

Ahmad Idham menjelaskan mengenai cadangannya itu di Twitter.

Menerusi Twitter, Ahmad Idham menjelaskan Finas tiada kuasa untuk menapis, namun dalam konteks kandungan digital, Finas sentiasa akan mencari jalan terbaik untuk memperkasakan kandungan tempatan supaya ia memberi impak positif pada masyarakat dan negara.

Sementara itu, Sakinah berkata jika kerajaan meneruskan hasrat tersebut, dia dan pengguna lain tidak teragak-agak untuk menyuarakan bantahan.

“Kalau kerajaan nak sekat atau tapis Netflix, saya akan baring depan Finas tu dengan kawan ramai-ramai, boleh singgah zoo negara sekali… Ini tidak adil dan tidak konsisten, macam mana aplikasi lain seperti Wechat dan Youtube?

“Untuk CEO Finas, saya sangat rindu drama lama awak seperti Cinderella yang memberi inspirasi untuk saya menjadi pelakon. Siapa boleh lupa babak romance dan pegang-pegang, menari-menari yang saya tengok semasa kecil yang tidak bertapis di televisyen,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Sharifah Sakinah sindiir Ahmad Idham, sanggup baring depan Finas – “Siapa boleh lupa babak rom4nce CEO yang tidak bertapis di TV”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*