“Sayangkan? Sayang…,” ‘Pelvk Civm’, Satu Auditorium Rai Hari Jadi Tok Ram ‘Live’ Di GV6!

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS yang juga merupakan ketua juri bagi program Gegar Vaganza 6 (GV6), penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) cukup sporting menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu.

Dinyanyikan secara langsung, Ramli turut diraikan dengan sebiji kek yang ditempah khas.

Genap 60 tahun pada Ahad, Ramli yang mesra disapa Tok Ram secara ringkas berterima kasih buat semua yang memberikan dedikasi ulang tahun buatnya.

“Terima kasih atas ucapan dan doa semua. Saya sangat hargainya,” katanya ringkas kepada MH.

Malah, aksi spontan dua hos GV6, Nabil Ahmad dan Jihan Muse cukup mencuit hati. Nabil sempat menciium bibir dan memelvk pengarah muzik itu sebagai tanda meraikan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Btw happy bday Tok Ram, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal bahagia sampai bila-bila, amin #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

“Selamat hari jadi Tok… Moga panjang umur, murah rezeki dan semoga bahagia kekal abadi,” ucap Nabil.

Sementara itu awal semalam, Alyah turut berkongsi satu entri di Instagram, mengirimkan doa serta ingatan yang tidak pernah putus buat suami tersayang.

“Hanya doa yg mampu saya hadiahkan. Dan doa saya tidak pernah putus…buat kamu. Selamat ulang tahun Dato Hj Ramli bin Hj Muhammad Salleh,” tulis Alyah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hanya doa yg mampu saya hadiahkan… Dan doa saya tidak pernah putus…buat kamu. Selamat ulang tahun Dato Hj Ramli bin Hj Muhammad Salleh…😘😘😘

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Sekadar mengimbas, pasangan itu mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013 di Indonesia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nah… ini dia dari jarak dekat kek patung sempena bday @tokram_ramlims semalam. Rare yet cute kan!? Part tahi lalat tu win! 😅😅 #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@syafieq_ayman mekaseh byk2 sponsor baju2 utk gv5.sukses slalu buat karya2 kamu.sape2 nk guna org tua ni @azrul_rafie sya rekomen …😂😂😂mekaseh gambor2.

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Sayangkan? Sayang…,” ‘Pelvk Civm’, Satu Auditorium Rai Hari Jadi Tok Ram ‘Live’ Di GV6!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*