“Doakan Adira..” – Status Adira Tarik Perhatian Netizen

PENYANYI Adira Suhaimi memohon orang ramai supaya terus mendoakan kebahagiaan rumah tangganya dengan suami, Datuk Seri Adanan Abu.

Adira berkata demikian menerusi komen di Instagram miliknya selepas peminat menitipkan ucapan dan doa yang berharap dia dan suami kekal bersama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

done for today🌸🌸 #pujaanhati #takdirtercipta

A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on

Komen itu ditulis menerusi gambar dimuat naik penyanyi Takdir Tercipta yang memaparkan suaminya tidur di sofa bersama anak ketiga mereka.

“Terima kasih kerana doakan kami. Insya-Allah,” tulis Adira ringkas.

Pada 8 November lalu, Adira menerusi akaun Instagram anak sulungnya, @anggrek_asan memuat naik gambarnya bersama suami dan Anggrek berserta lima tanda cinta.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun. FOTO: Instagram Adira dan Instagram anaknya, Anggrek_Asan

Sebelumnya, Adnan menerusi Instagram Story memuat naik perbualan WhatsApp seorang wanita dikenali sebagai Fira memaklumkan Adira mahu menarik semula permohonan cer4i yang difailkan pada 9 Oktober lalu.

Adira dan Adnan bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@anggrek_asan ❤️❤️❤️❤️

A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Metro

Be the first to comment on "“Doakan Adira..” – Status Adira Tarik Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*