“Dah Jatuh Saya Tak Akan Hent4m..” – Ramli MS Dedah Punca Feeza Tersingkir

Penyanyi Feeza telah diumumkan sebagai peserta tersingkir pada saingan suku akhir Gegar Vaganza 6 (GV6) di konsert keenam yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, malam tadi.

Mendapat mar4h paling rendah iaitu sebanyak 46 peratus dari para juri, ia sekali gus menyekat peluang penyanyi yang popular menerusi single Ungkapan Kata Bernafas Cinta itu untuk terus mara ke peringkat separuh akhir, minggu hadapan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kaseh @syafieq_ayman Nx week warna vass ye…

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on

“Juri jemputan pun beri komen tiada rasa dan saya sudah berikan ‘hint’ yang markah tak ada lebih tak ada kurang.

“Awak tahu cara saya kalau seseotang tu dah jatuh saya tak akan hent4m,” kata ketua juri, Datuk Ramli MS mengenai punca penyingkiran Feeza.

Berkongsi mengenai prestasi para peserta di peringkat suku akhir pula, Hetty Koes Endang selaku juri tetap pula mempunyai pandangannya sendiri.

Katanya, setiap persembahan dari minggu ke minggu adalah bergantung kepada diri penyanyi itu sendiri.

“Semuanya bergantung kepada diri mereka sendiri. Ia jelas kerana mereka bukanlah penyanyi baru. Mereka sudah lama dalam industri.

“Kalau nak jadi bagus, mereka kena menyanyi secara ‘all out’, meski ada yang kurang sihat. Yang penting ‘pitching’ kena sampai.

“Kalau mereka tidak berkeyakinan kerana s4kit… Jangan begitu. Semuanya dari sendiri, mereka kena profesional. Itu sahaja,” kata Hetty Koes Endang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@syafieq_ayman mekaseh byk2 sponsor baju2 utk gv5.sukses slalu buat karya2 kamu.sape2 nk guna org tua ni @azrul_rafie sya rekomen …😂😂😂mekaseh gambor2.

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on

Sementara itu, Feeza ketika ditemui pula tidak menafikan, dirinya sudah dapat jangka namanya akan diumumkan sebagai peserta tersingkir atas faktor kualiti persembahan yang kurang meyakinkan kali ini.

“Selepas selesai membuat persembahan, memang saya juga jangka akan terkeluar. Mungkin sebab saya sendiri pun tidak berapa sihat. Akan tetapi saya tak mahu jadikan itu alasan.

“Sebab memang saya cuba sejak reheasal lagi, saya alami batuk dan demam sejak Selasa. Apa pun saya cuba buat yang terbaik, itulah yang termampu.

“Saya sudah bersedia… Malah pada minggu sebelumnya pun sudah jangka akan terkeluar. Alhamdulillah ketika itu rezeki Allah bagi saya masih kekal. Bila terkeluar… Saya akan cuba lagi insyaAllah ada rezeki lain,” katanya optimis.

Feeza turut membariskan nama Hady Mirza, Naqiu dan Nurfatimah sebagai antara tiga calon yang dirasakan layak untuk beraksi di pentas final GV6 tidak lama lagi.

Sementara itu, Hady Mirza yang mempersembahkan lagu diumumkan sebagai peserta yang menduduki ranking pertama minggu ini dengan 81%, diikuti Naqiu (78%) dan Jatt dengan 76%.

GV6 yang disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD minggu ini turut mengundang komposer Saari Amri sebagai juri jemputan sementara Siti Nordiana & Khai Bahar, Ezad Lazim, Amir Ukays dan Zamani turut membuat persembahan selingan.

Menerusi tema ‘Melets’, Feeza menyampaikan lagu Terus Mencintai nyanyian asal Siti Nordiana.

Foto: Instagram Astro Gempak

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Dah Jatuh Saya Tak Akan Hent4m..” – Ramli MS Dedah Punca Feeza Tersingkir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*