‘Kenangan sambal belacan’

 

SIAPA sangka sambal belacan yang menjadi makanan wajib rakyat Malaysia sebenarnya mampu mengeratkan hubungan diplomasi antara Malaysia-Singapura.

Sambal belacan hasil air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memikat hati bekas Perdana Menteri Singapura mendiang Lee Kuan Yew yang turut mengirimkan sepucuk surat kepada baginda.

Surat bertarikh 23 Julai 2009 itu dimuat naik baginda di Twitter rasmi dengan kapsyen cukup mencuit hati.

“Yang ni, dah lama saya nak share dengan rakyat Malaysia, sy (saya) dulu… the official (secara rasmi) sambal belacan supplier to the PM of Singapore (pembekal kepada Perdana Menteri Singapura), Dato (Datuk) Lee Kuan Yew dan sekarang supply kpd (kepada) anaknya PM Lee juga (Lee Hsien Loong).

“Surat yang paling bermakna untuk saya kerana sambal belacan… terharu sangat,” tulis baginda.

Tunku Azizah berkongsi gambar sepucuk surat diutus oleh mendiang Kuan Yew yang dimuat naik dalam akaun Instagram ‘airtangan_tunkuazizah’.

“The six packets of belacan you gave me were delicious (Enam paket belacan kamu beri sangat sedap).

“I shared them with my two sons. They have all been consumed. It is the best chilli belacan we have tasted. Can my family have a few more? (Saya kongsi dengan dua anak lelaki. Semua habis dimakan. Ini antara sambal belacan terbaik pernah kami rasa. Boleh keluarga saya mendapatkannya lagi?)

“Sorry to trouble you over this. It makes so many dishes taste better (Maaf kalau menyusahkan. Sambal ini menjadikan banyak hidangan lebih sedap).”

Ciapan itu menerima reaksi pelbagai oleh warganet yang kagum apabila baginda yang sememangnya terkenal dengan kebolehan memasak.

Seorang warga Twitter @AwatifWardina menerusi ciapan berkata, “Dalam dunia ini pelbagai cara pemimpin membuat perhubungan mesra sesama mereka tetapi Tuanku memilih cara yang paling simple tetapi membuat Tuanku dekat di hati mereka sembah tahniah Tuanku.”

Selain itu, bagi @0_kery berkata, “Dalam keadaan politik negara dan hubungan kaum yang tak berapa enak sekarang ni, tuit (tweet) dan khabar dari Tuanku je boleh bagi kami senyum setiap hari. Semoga Malaysia terus diberkati, insya-Allah.”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:HM

Be the first to comment on "‘Kenangan sambal belacan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*