Banyak kelonggaran… PM umum PKPP, rentas negeri dibenarkan mulai 10 jun

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diganti dengan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Pengumuman itu dibuat menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada Ahad petang.

“Dalam PKPP, lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjaalni kehidupan seharian

“Bermula 10 Jun, perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” ujar Muhyiddin.

PKPB yang dilaksanakan bermula 4 Mei lalu dijadualkan berakhir pada 9 Jun ini, susulan tiga fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan pada 18 Mac.

Berikut merupakan senarai kelonggaran yang diberikan sepanjang tempoh PKPP:

-Dalam tempoh PKPP ini juga, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.

-Sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, perkhidmatan gunting rambut dan salun akan dibenarkan.

-Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan dibenarkan.

-Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan.

-Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.

-Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

-Dalam kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling,

badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.

-Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki.

-Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Banyak kelonggaran… PM umum PKPP, rentas negeri dibenarkan mulai 10 jun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*