Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan Dengan Gaji RM2,000 Sebulan..

Pand3mik C0V1D-19 nyata menguji sisi lain manusia. Ia bukan sahaja menyebarkan wabaak, malah ket4kutan dari segi ekonomi yang serba serbi tidak menentu sekarang.

Melalui laporan Harian Metro semalam, dilaporkan bahawa lebih 30,000 orang di dalam industri perhotelan di seluruh negara hilang pekerjaan,

lebih 10,000 dicutikan tanpa gaji dan lebih 6,000 pekerja dipot0ng gaji ekoran aktiviti perniagaan industri yang menguncup.

Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Situasi ini jelas bahawa mungkin lebih ramai lagi akan hilang punca pendapatan, malah syarikat-syarikat besar juga mungkin akan gulvng tikar dan ada yang sudah mencongak nasib mereka dikemudian hari.

Namun, di sebalik berita burvk, pasti ada baiknya. Terbaharu, para peniaga di Pasar Besar Jalan Othman Petaling Jaya telah mengatakan bahawa mereka mempunyai lebih 1,000 kerja kosong untuk diisi oleh rakyat Malaysia dengan bayaran gaji purata sekitar RM2,000 sebulan.

Mereka yang berminat dipersilakan untuk menghadiri temuduga sambil melihat-lihat persekitaraan pasar itu dan jika dipilih mereka turut diberi faedah seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Naib Presiden Persatuan Pasar Jalan Othman, Raja Ratnam mengatakan bahawa sebelum ini, pasar Bandar Lama PJ ini bergantung kepada pekerja asing tetapi kebanyakan mereka baru-baru ini telah ditahan oleh Jabatan Imigresen,

jadi mereka kini ingin membuka ruang untuk warga tempatan dan mereka juga bersedia untuk membayarnya lebih tinggi daripada gaji minimum.

“Gaji harian antara RM70 dan RM80. Sebelum ini, kita tidak dapat memanggil penduduk tempatan untuk bekerja kerana waktu kerja yang awal dan melibatkan kerja yang berat.”

Namun disebabkan situasi kini yang tidak menentu dan semakin ramai yang mengganggur atau dibuang kerja.

Ratnam menyatakan bahawa ini adalah peluang yang perlu diambil bagi mendapatkan pekerjaan di salah sebuah dari 500 gerai yang ada di pasar ini.

Bagi Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata bahawa dengan menawarkan penduduk tempatan yang tidak bekerja dengan upah yang berpatutan, mereka mampu menjana pendapatan lebih dari RM2,000 sebulan.

“Mereka dapat menjana lebih dari RM2,000 sebulan dan ini lebih tinggi daripada gaji minimum iaitu RM1,200.
Bagaimanapun, pekerjaan ini memerlukan pekerjanya untuk datang bekerja pada waktu pagi,

” sebelum menambah, “Tidak ada had umur yang ditetapkan untuk tawaran bekerja di sini,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan turut menawarkan kerja buat mereka yang meng4nggur dengan gaji RM2,400 sebulan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sumber : thevocket

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://tambahkeju.com/

Be the first to comment on "Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan Dengan Gaji RM2,000 Sebulan.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*