Rani Kulup Beri Masa 7 Hari Kepada Siti Kasim

“Puan Siti Kasim, sudahlah, bertaubatlah.”

Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini membuat laporan polis terhadap peguam dan aktivis Siti Kasim di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung isu arrak dan sekolah tahfiz.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu menggesa Siti Kasim berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontr0versi dan kemarahan umat Islam.

Ekoran kelantangannya mengaitkan isu pengh4raman ar4k dengan sekolah tahfiz, Siti Zabedah Kassim dituntut membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dan menarik balik kenyataannya.

“Jangan melampavlah Siti Kasim. Ini perkara yang boleh mencetuskan kontr3versi suruh tutup sekolah tahfiz kalau nak h4ramkan ar4k.

“Janganlah menaikkan kemarahan rakyat. Perkara yang tidak seharusnya kau cakap. Ayah suka, ayah sayang kamu, tapi kamu keluarkan kenyataan begitu,” katanya kepada pemberita seperti dipetik daripada MalaysiaGazette.

Rani Kulup turut mempersoalkan tindakan Siti Kasim yang menunjukkan dia seolah-olah membenc1i sekolah tahfiz.

“Tarik balik kenyataan, minta maaf seluruh umat Islam jangan kaitkan ar4k dengan tahfiz. Kenapa kau benci sangat dengan tahfiz? Di mana kedudukan kamu sebagai orang Islam?” katanya.

Dalam masa sama, Rani Kulup menggesa polis menyiasat Siti Kasim atas kenyataannya sebelum ini berkaitan isu pengh4raman ar4k. – CARI

Belum Rasa Mukjizat al-Quran, PITAS Tawar Pengajian Tahfiz Kepada Siti Kasim

Mungkin selepas ini Siti Kasim boleh menulis dalam Bahasa Melayu untuk hantarannya di laman sosial bagi mengelak kenyataannya dimanipulasi segelintir pihak. Ini kerana, laporan media seolah-olah menunjukkan peguam kontroversi itu mahu sekolah tahfiz turut ditutup jika PAS mahu menggantung permit jualan arak kini menjadi isu besar dan meleret-leret.

Dek kerana itu, Siti Kasim telah ditawarkan tempat pengajian di sebuah pusat Tahfiz bagi membantu beliau mendalami al-Quran secara percuma!

Surat tawaran daripada Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Selangor (PITAS) itu dikongsikan menerusi Facebooknya

KENYATAAN MEDIA

PITAS TAWAR PENGAJIAN TAHFIZ UNTUK SITI KASIM

Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang menaungi 411 Maahad Tahfiz di Selangor dengan jumlah lebih 22 ribu pelajar bersedia membantu Siti Kassim mendalami Al-Quran secara percuma.

PITAS mempunyai Kompleks Pendidikan Al-Quran di Gombak yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang telah melatih ribuan para huffaz dan guru-guru hafiz di Negeri Selangor.

Bahkan sepanjang PKP ni kelas diadakan secara online dengan membariskan guru2 hafazan pakar bertaraf antarabangsa.

Saya percaya penyataan Siti Kasim disebabkan beliau belum merasai kehebatan MUKJIZAT Al-Quran seperti yang disebut oleh Imam al-Ghazali bahawa manusia yang mustahil untuk berubah pasti boleh berubah dengan kehebatan Al-Quran iaitu “التأثر بالقرءان”.

Insan yang dimaksudkan adalah Saidina Omar Al-Khattab yang asalnya membenci Rasulullah dan Islam bahkan ingin membunvh Rasulullah tetapi akhirnya berubah secara total dan tunduk dengan beberapa ayat di awal Surah TAHA.

Saranan Siti Kasim yang mahukan sekolah tahfiz ditutup jika mahu penghar4man ar4k adalah satu saranan yang di luar konteks dan tidak intelektual.

Saranan beliau tidak menunjukkan kecerdikkan berhujah dalam isu serius yang menyangkut keimanan, kesihatan akal dan keselamatan nyawa akibat pengambilan ar4k.

Kenyataannya hanya memaparkan sentimen kebencian beliau kepada pendidikan Al-Quran khasnya dan pendidikan Islam amnya yang terbukti boleh menjamin kesempurnaan modal insan (human capital) dan peradaban masyarakat.

PITAS percaya dengan kembali kepada Al-Quran seseorang mampu untuk berubah dan menjadi manusia yang beriman. Sebarang maklumat boleh layari www.pitas.com.my atau dm saya di IG : pu_hafiz

PU Hafiz Haneefa
PENGERUSI PITAS

Jawapan balas Siti Kasim (terjemahan ke dalam Bahasa Melayu)

Siti Kasim yang berkongsi keratan kenyataan tawaran oleh Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) itu turut memberi komen beliau.

” Apa yang saya beritahu sebelum ini?

” Sekolah Tahfiz BUKAN masalahnya. (Saya maksudkan) Mereka yang menguruskan sekolah Tahfiz itu yang bermasalah.

” Jika mereka tidak faham ayat mudah dalam Bahasa Inggeris tentang kenyataan saya iaitu PAS mahu gantung penjualan aIk0h0I, (maka) telahan saya betul dan tepat.

” Saya bersimpati dengan kanak-kanak itu, Tuhan tahu apa yang ada di sekolah (Tahfiz) sebegini.

Sementara menerusi ruangan, membalas komen seorang pengikut beliau yang berkata Siti Kasim sepatutnya menerima sahaja tawaran itu, Siti Kasim membalas;

” Saya akan terima jika saya mempunyai masa.” tulis Siti Kasim

Kredit: FB Siti Kasim

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Rani Kulup Beri Masa 7 Hari Kepada Siti Kasim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*