“Dia Akan Bekalkan Serunding Daging, Kuih Bakar Dan …” – Achey Kenang Semangat Raya Arw4h Abam

“Kami takkan lupakan dia, sentiasa nama dia ada dalam doa kami,” itu kata-kata Achey ketika diminta berkongsi secebis kenangan raya bersama Allahyarham Abam Bocey.

Kata Achey, 33, suasana berbeza tahun ini apabila pagi raya tiada lagi keletah tawa dan bermaafan bersama arw4h Abam.

“Biasanya pagi raya kami bertiga akan bervideo call menerusi group WhatsApp dan bermohon maaf semula. Kemudian sebelum masing-masing balik kampung, kami akan berjumpa dan bermaaf-maafan.

“Ketika itulah segala kenangan lucu dan menggembirakan sepanjang setahun kami akan imbas bersama.

“Cuma tahun ini berbeza… sangat berbeza! Ia memberikan satu kes4yuan kepada kami yang sangat merindui arw4h.

“Lebih meres4hkan, kami tak boleh menziarahi pusara arw4h. Namun, doa kami tak pernah putus,” kongsi Achey kepada Gempak bersulam seb4k.

Tambah Achey, arw4h Abam tidak pernah tidak membenarkan dia sekeluarga dan Fad pulang ke kampung halaman masing-masing tanpa buah tangannya.

“Arw4h ni suka dan pandai memasak. Setiap kali sebelum saya dan Fad balik kampung dia akan bekalkan makanan antaranya kuih bakar dan lemang.

“Paling tak boleh dilupakan ialah serunding daging. Dia punya tu ‘the best’!” ujarnya.

Malah, kata Achey arw4h Abam akan sentiasa bermurah hati menghulurkan ‘duit raya’ kepada kami untuk keluarga.

“Selepas balik beraya di kampung, kami akan berkunjung sesama sendiri dan pernah sampai seharian melepak layan tetamu yang datang ke rumahnya.

“Memang kita saling menyokong sesama sendiri dan ralatnya kita tak dapat buat lagi tahun ini,” cerita Achey lanjut.

Akui s3dih dan masih berdvka atas pem3rgian arw4h Abam pada Februari lalu, Achey memohon doa dan izin restu orang ramai untuk memaafkan kekhil4fan mereka bertiga sepanjang bergelar anak seni.

“Saya mohon maaf andai ada s4lah sil4p daripada kami bertiga sama ada nampak atau tidak.

“Teruskan menyokong kami dalam industri dan percayalah, semangat beliau ada pada kami.

“S3dih memang s3dih, sama-sama kita titipkan doa buat arw4h Abam. Damailah di sana sahabatku,” akhiri Achey.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meningg4l dunia di kediamannya di Gombak dipercayai akib4t dem4m panas.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Dia Akan Bekalkan Serunding Daging, Kuih Bakar Dan …” – Achey Kenang Semangat Raya Arw4h Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*