Bil elektrik naik hanya sal4h faham

KUALA LUMPUR: Perkiraan bil elektrik secara prorata bagi tarif elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi punca kenaikan bil secara mend4dak.

Pengurus Bacaan Meter dan Bil Kuala Lumpur Timur, Hidayat Putra Ahmad Yati, berkata kaedah prorata untuk pelarasan bil ini memastikan jumlah bil yang tepat bagi setiap bulan bil anggaran dibuat.

“Semasa PKP dijalankan, kita memberhentikan bacaan meter di tapak (premis pengguna). Pelanggan tidak menerima bil bacaan.

Bagaimanapun, TNB mengeluarkan bil anggaran berdasarkan bil bulan sebelumnya.

“Sebagai contoh bil anggaran pada Mac dan April lalu adalah sama iaitu RM150. Selepas tiada PKP pada Jun, kita kembali kira ikut bacaan meter pada bulan terbabit dan mendapati ada bayaran tertunggak sebanyak RM200.

“Kalau Mei bilnya RM100 campur dengan bil tertunggak RM200, maka pelanggan kena bayar RM300, sebab itu nampak banyak bayarannya,” katanya ketika ditemui BH, di TNB Taman Melawati, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai rungutan orang awam di media sosial, Hidayat Putra berkata, semua pihak perlu faham bil elektrik sememangnya berlaku sedikit peningkatan kerana majoriti rakyat bekerja dari rumah ketika PKP.

“Kalau sebelum ini, kipas dan lampu digunakan pada malam sahaja, namun ketika PKP, 24 jam sehari buka kipas dan lampu.

“Penghawa dingin pun buka pada waktu tengah hari, ini sudah tentu akan menyumbang kepada kenaikan bil elektrik,” katanya.

Pemandu teksi, Abdul Aziz, 53, berkata beliau sanggup beratur selama setengah jam di TNB Melawati hari ini bagi membuat aduan membabitkan isu kenaikan bil elektrik di rumahnya, baru-baru ini.

“Mereka ada jelaskan kenapa berlaku kenaikan itu. Pihak TNB minta tengok bil bulan seterusnya untuk membandingkan penggunaan elektrik sebelum dan selepas PKP.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan penjelasan diberikan. Saya akan terus pantau trend kenaikan bil elektrik ini, harapnya tak perlu saya ke sini lagi untuk membuat aduan,” katanya.

Pesara, M Chandra, 59, pula berkata kehadirannya ke pejabat TNB di sini, bagi meminta pihak terbabit membuat pemeriksaan berhubung g4ngguan elektrik di flat didiaminya di Wangsa Maju.

“Kadang-kadang tiba-tiba lampu dan kipas padam sendiri (tidak berfungsi kerana tiada bekalan elektrik).

“Saya sentiasa bayar bil pada masa ditetapkan. Saya sedikit terk1lan apabila perkara ini berlaku kerana ia sedikit sebanyak mengganggu rutin harian,” katanya.

sumber hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: vv.cappucinnolatte.com

Be the first to comment on "Bil elektrik naik hanya sal4h faham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*