“Aku Keliru. Adakah Sedekah Jariah Perlu DiKongsi Di Media Sosial?” – Syamsul Yusof

Pengarah, pelakon dan produser, Syamsul Yusof berkongsi satu entri di Instagram miliknya tentang soalan-soalan yang sering ditanya oleh netizen kepada artis.

“Awak tak sedekah apa-apa ke? Awak tak amal baca Quran ke? Asyik layan lagu tak zikir ke?

“Zaman ini, aku keliru. Adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap lalai dan tidak prihatin jika tidak dipertontonkan amal sedekah jariahnya?

“Tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa,” tulis Syamsul.

Tambah Syamsul, ada segelintir netizen yang beranggapan bahawa jika artis tidak membuat sebarang entri bergambar tentang sedekah, baca Al-Quran, ke masjid mahupun beribadah di atas sejadah, maka mereka dianggap telah jauh dari agama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Awak tak sedekah apa2 ke? Awak tak amal baca Quran ke? Asyik layan lagu tak zikir ke? . Zaman ini..aku keliru. Adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap lalai jika tidak dipertontonkan amalnya? Tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa. . Segelintir beranggapan jika tidak post gambar sedekah/baca Quran/masjid/sejadah maka bermakna org itu telah jauh dari agamanya. Akhirnya media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang dimata manusia. Tahniah iblis. . Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia.

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

“Akhirnya media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang di mata manusia. Tahniah iblis.

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia,” tulis Syamsul lagi.

Ramai netizen yang meninggalkan komen bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Syamsul. Ada yang berpendapat tidak semua golongan artis harus di pandang serong.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:GEMPAK

Be the first to comment on "“Aku Keliru. Adakah Sedekah Jariah Perlu DiKongsi Di Media Sosial?” – Syamsul Yusof"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*