Bekalan Terputus, Hanya Mampu Makan Ubi Kayu, Keladi & Pucuk Ubi

 

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sudah dilaksanakan di Malaysia memasuki hari ke-14 sejak 18 Mac lalu. Ia dilakukan demi memutuskan rantaian C0vid-19 yang sedang melanda di serata dunia kini. Sesuatu isu yang cukup membimbangkan, keputusan yang dibuat ini adalah demi kesejahteraan ramai.

Dalam tempoh ini juga khabarnya ramai yang terkesan lebih-lebih lagi yang mencari rezeki kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bila pendapatan mereka terjejas, maka bekalan makanan mereka juga turut memberi kesan.

Ini yang dilalui oleh keluarga yang tinggal di Kampung Parit, Tanjung Piandang. Keluarga yang terdiri dari sembilan beranak ini bekalan makanan terputus sejak tiga hari lalu.


Menurut Abdul Hadi Abdullah, 52, disebabkan dia hanya bergantung pada hasil sawah padi pendapatannya turut terkesan dan bekalan makanan mereka juga terputus. Malah sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dia mampu melakukan kerja-kerja kampung bagi menampung kehidupan seharian.

Lebih menyayat hati apabila sejak Perintah Kawalan Pergerakan ini bekalan makanan mereka sekeluarga turut terjejas. Mereka hanya makan makanan yang berada di sekitar rumah seperti ubi kayu, keladi dan pucuk ubi.

Tambahnya lagi, mereka kena berjimat cermat kerana risaukan duit simpanan yang semakin berkurangan.

Walaubagaimanapun keluarga ini bersyukur kerana sudah pun menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Jadi buat anda yang saban hari masak pelbagai makanan yang sedap-sedap dan kemudiannya membazir beringatlah kepada yang tidak bernasib baik ya. Hidup bersederhana dalam waktu sebegini.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Bekalan Terputus, Hanya Mampu Makan Ubi Kayu, Keladi & Pucuk Ubi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*