Kelawar kembali dijual?

 

BEIJING: Selepas tiga bulan penularan w4bak C0vid-19, pasar daging di sekitar dua bandar terkemuka di Guilin dan Dongguan, China kembali menjual kelawar dan kala jengking serta pelbagai haiwan eksotik yang digunakan dalam perubatan tradisional.

Daily Star melaporkan, penemuan mengejutkan itu mendapati haiwan liar dan eksotik berkenaan yang dikaitkan dengan punca tercetusnya w4bak itu banyak dijual secara terbuka di bandar berkenaan.

Banyak tempat di republik itu, meraikan ‘kemenangan’ memerangi C0vid-19 dengan membuka perniagaan buat pertama kalinya semalam selepas beberapa bulan ditutup.

Senario itu dilihat koresponden Daily Mail yang menggambarkannya sangat teruk dan mendatangkan masalah.

Sementara itu, di Dongguan pula, penjualan kelawar dipromosikan besar-besaran oleh penjual perubatan tradisional.

“Pasar ini kembali beroperasi sama macam mereka buat sebelum koronavirus,” lapor koresponden itu yang dihalang pengawal keselamatan bagi merakam gambar.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:HM

Be the first to comment on "Kelawar kembali dijual?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*