Tomok telah meluahkan di Instagram dan berpendapat artis juga sepatutnya diberikan bantuan dari kerajaan dalam situasi sebegini. Kenyataan Tomok juga mendapat sokongan beberapa rakan artis dan Black sendiri berkata lanjutan PKP hingga 14 April menjejaskan ‘periuk nasi’ penggiat seni tanah air.
Melalui ruangan komen, Black berkata golongan selebriti banyak membantu negara justeru berharap agar diberikan pertolongan supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Ramai pandang remeh ingat kita banyak duit, walhal kita pun kais pagi makan pagi. Tapi apa yang penting kita utamakan kepada mereka/selebriti yang lebih memerlukan.”
Menurut Berita Harian, Black akui ada menyimpan namun situasi ini tetap menjejaskan pendapat mereka memandangkan banyak aktiviti seni telah dibatal atau ditunda.
“Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.”
“Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.”
Disebabkan itu, netizen terus mengkriti1k golongan artis yang berharap agar diberikan bantuan oleh kerajaan dan membandingkan mereka dengan selebriti di Korea.
Ramai artis Korea menyumbangkan duit untuk membantu menangani Cov1id-19 di negara mereka. Lee Min Ho sebagai contoh, telah mendermakan sebanyak 350 juta Won. Ada juga yang tidak mengenakan caj sewa rumah kepada penyewa masing-masing.
While In malaysia…… pic.twitter.com/aD0C6Z1xYM
— Areen Adenan (@areenadenan) March 25, 2020
Ramai yang tidak bersetuju dengan mereka kerana rata-ratanya dilihat bergaya dengan kenderaan mewah dan bercuti ke luar negara. Mereka juga berkata, di saat sebegini seharusnya kita lebih memikirkan dan mementingkan golongan B40 atau peniaga kecil-kecilan.
Baca komen-komen netizen tentang isu ini di sini.
Apa pendapat korang?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber : LobakMerah
Be the first to comment on "“Satu show pun dah ribu riban, tak pandai berjimat ke?” – Netizen Krit1k Artis Malaysia Mohon Bantuan Kerajaan, Selebriti Korea Siap Derma Berjuta-Juta!"