“Kami Akan Merindui Nani” Nenek Shalma Eliana Menlnggal Dunla

Nenek kepada penyanyi Shalma Eliana, Fatimah Yusof telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam (3 Februari).

Menerusi entri di Instagram Stories, Eliana, 20, telah berkongsi berita sedih itu kepada pengikutnya.

“Al-fatihah. My nani (nenek) baru saja meninggal dunia harini jam 11.20 am.

“Mohon semua tolong sedekahkan al-fatihah kepada Fatimah Yusof.

“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

“Kami akan merindui nani,” tulisnya.

Dalam pada itu, adik kepada pengacara Shalma Ainaa itu berharap agar ayahnya terus kuat menempuh kehilangan orang tersayang.

“Sayang kamu pa, tetap kuat seperti selalu. Kami semua ada untuk kamu,” tulisnya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Kami Akan Merindui Nani” Nenek Shalma Eliana Menlnggal Dunla"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*