Dulu Kerja Salesman, Gaji 4ribu 5ribu. Tiba-Tiba Allah Uji Sampal Aku Buat Kerja Ini

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Pernah hidup susah? Ramai di antara kita yang pernah hidup susah dan pastinya faham dengan situasi apabila ahli keluarga, saudarra mara atau kenalan dilanda kesusahan.

Bukan dipinta tetapi itulah takdir perjalanan hidup masing-masing. Jadi, kita faham akan situasi mereka, bantulah mereka dengan apa cara sekalipun.

Customer ambil barang tetapi tidak bayar. Akhirnya, terpaksa bungkus perniagaan. Selepas itu, dia cuba bertahan hidup dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan, tetapi masih tak boleh survive.

Sepanjang tempoh ini, banyak kali juga dia mengalami kesempitan wang. Apabila dia berjumpa dengan saya, saya memang tak bagi pinjam duit sebab saya tahu kalau pinjam pun, bukan dia mampu nak bayar nanti.

Jadi saya bagi zakat sahaja pada dia untuk dia belanja makan anak-anak dia seramai empat orang. Baru-baru ini dia datang ke rumah saya, minta kerja.

Aku tak boleh nak cerita kesusahan aku sebab depa lagi susah. Kalau tak susah, orang tak mau kerja cuci longkang ni Firdaus,” tambahnya lagi.

Wow! Dalam hati aku terasa seperti mahu menangis.

“Firdaus, boleh bagi aku kerja buat apa-apa, mesin rumput ke, buat apa ke, asal ada kerjalah. Aku segan nak minta duit kat hang. Aku nak minta kerja apa hang boleh tolong aku,” katanya.

“Okaylah, mesin rumput rumah aku,” saya kata.

Padahal rumput baru saja dimesin dua minggu lalu. Tak apalah, tolong sajalah.

“Boleh tak hang tolong advance duit kat aku dulu? Aku nak beli beras dan barang dapur rumah aku ni. Duit dah tak ada,” katanya.

Nak menitik air mata saya. Saya beri duit advance dulu kepada dia.

Dan hari ini, seorang yang dulu kawan baik saya, yang bergaji besar, yang hidupnya boleh dikatakan selesa untuk level hidup di kampung, hari ini dia datang mesin rumput di rumah saya. Jam berapa dia datang? Jam 11 pagi, ketika matahari dah panas terik. Tetapi dia teku memulakan kerja.

“Kenapa datang lambat?” soal saya.

Dalam berniaga, Allah pernah menguji saya juga. Saya pernah ada hanya RM50 sahaja duit dalam poket. Saya menangis pada waktu itu. Sebab saya pernah susah, saya tahu apa yang dia rasa pada waktu ini.

Pengajaran:

Ketika kita senang, berhati-hatilah dengan kewangan kita. Belanja sebaik mungkin, jangan terlalu boros. Ini pesanan untuk diri saya sebab saya pun banyak juga berbelanja.

Bila berniaga, elakkan beri banyak sangat hutang pada pelanggan. Amalkan bayaran tunai, biar untung sikit tetapi tunai.

Bila ada kawan susah, kita bantu. Masa bantu itu kita doakan agar Allah tidak menguji kita seperti itu.

Doakan sahabat kita ini, semoga Allah memberi kelapangan kepadanya.

Mohon kongsikan kisah ini, semoga lebih ramai yang dapat pengajarannya. Sumber: Mohd Firdaus Mat Saad

Komen warganet

Ujian bukan saje utk dia utk Kita juga yg melihat keadaannya. Sy pernah Rasa kesusahan. Sy selalu tekad dlm diri klu Rasa tidak mencukupi terus Usaha lagi walaupun kena buat dua kerja demi membesarkan anak.

Ketepikan langsung keperluan diri Dan jgn berhutang. Allah uji tanda Allah syg Dan nak sedarkan Kita. Takpe pasti Lepas ni hidup saudara lebih baik, walaupun tak Kaya, pasti Akan cukup percayalah Kerana Allah bersama org2 yg bersabar dgn ujiannya.

Dalam perniagaan umpama pelayaran sentiasa dilambung ombak, jerung setia menunggu mangsa di atas. Cukupkan ilmu, jiwa kena kental, mental kena kuat, pastikan kita memerintah cara yg betul.

Teori dan praktikal, luar dan dan dalam kena terperinci. Semoga saudara segera bangkit dan ditunjukkan jalan penyelesaian. Bergantung haraplah pada Allah, semoga berjaya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:KL Press

Be the first to comment on "Dulu Kerja Salesman, Gaji 4ribu 5ribu. Tiba-Tiba Allah Uji Sampal Aku Buat Kerja Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*